site stats

Monday, October 19, 2009

Kwsp VS Unit Amanah

Untuk makluman, KWSP adalah penjaga kepada simpanan wajib hasil titik peluh kita, setiap polisi yang dibuat akan memberi kesan kepada setiap warganegara Malaysia yang bekerja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif
KWSP, Datuk Azlan Zainol, “WANG PARA PENCARUM ADALAH DILINDUNGI”.
Keutamaan KWSP adalah untuk PENGEKALAN MODAL. ( Sumber : - The Edge
Malaysia, 4hb April 2005 )

Sekiranya objektif pelaburan peribadi anda adalah Pengekalan Modal,maka KWSP adalah tempat terbaik untuk menyimpan TETAPI sekiranya objektif anda adalah untuk PERTUMBUHAN MODAL JANGKA PANJANG, anda patut mempertimbangkan secara serius mengenai pilihan yang diberikan oleh KWSP iaitu membenarkan anda melabur dalam UNIT AMANAH.

****KITA SEMUA SEPATUTNYA MENGAMBIL BERAT MENGENAI MASA HADAPAN KERANA
KITA KELAK TERPAKSA MENGHABISKAN KEHIDUPAN KITA DI WAKTU ITU” -
Charles F, Kettering

Seperti apa jua bentuk pelaburan lain, terdapat 3 syarat asas untuk melabur dengan BERJAYA:-

1. PEMPELBAGAIAN - DIVERSIFICATION
2. PEMILIHAN DANA YANG WAJAR - PROPER SELECTIONS OF FUNDS.
3. PENGAWASAN YANG BERTERUSAN OLEH PERUNDING - CONSTANT MONITORING.

Untuk makluman semua, pada tahun 2007, KWSP telah memberikan dividen sebanyak 5.8% dan amat jauh sekali jika dibandingkan dengan Unit Amanah. ( 10%-15%).
BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT UNTUK MASA HADAPAN
ANDA.

Semakin besar jumlah pelaburan , semakin besar unit terkumpul .Perlu di ingat dividen tahunan akan di beri berdasarkan kepada jumlah unit yang di pegang. Semakin banyak unit terkumpul semakin besar nilai dividen anda.