site stats

Tuesday, August 4, 2009

Soalan Lazim Tentang "No.1 Unit Trust in Malaysia"

1) Berapa sebenarnya dividend unit trust?

Dividend unit trust adalah diantara 10% hingga 15% setiap tahun terkompoun dengan syarat mestilah disimpan lebih daripada 3 tahun. Prestasi sebenar pelaburan "No.1 Unit Trust" adalah 100% dalam masa 5 tahun, maka setiap tahun agihan dan kenaikan modal memberikan dividen terkompoun sebanyak 15%.

2) Apakah beza diantara KPF, bank rakyat dan unit trust?

KPF adalah Koperasi Permodalan Felda yang memberikan dividen 10% hingga 14%. Bank Rakyat pula adalah 15%, Dividen KPF & Bank rakyat adalah payout. Sekiranya dilaburkan 10 tahun, 10 ribu di KPF @ Bank rakyat hanya memberikan RM25 ribu (capital + payout dividen) manakala unit trust adalah dividen terkompoun dan terbukti RM 34 ribu dalam masa 10 tahun. KPF & Bank Rakyat tertakluk dibawah akta koperasi dan mempunyai had yang terhad. Encik terpaksa menunggu giliran dan had KPF hanya RM250 ribu sahaja.

3) Boleh tak duit saya jadik kosong?

Pelaburan unit amanah dilaburkan di dalam berpuluh kaunter malahan beratus kaunter. Pegangan adalah dalam bentuk unit. Unit tidak akan berkurang walaupun seunit.

4) Apakah yang akan saya dapat, bila saya melabur?

Dalam masa 3 minggu encik akan dapat statement daripada "No.1 Unit Trust". 2 kali setahun encik akan dapat report separuh tahun “interim report” dan laporan tahunan “ Annual report”.

5) Apakah perbezaan pelaburan KWSP & Unit Trust?

Pelaburan KWSP kebanyakannya dilaburkan di sekuriti dan bon kerajaan Malaysia, maka pulangannya adalah rendah berbanding unit trust. Pelaburan di KSWP memerlukan 14 tahun untuk sekali ganda, manakala di unit trust terbukti 5 tahun sekali ganda.

6) Apa perbezaaan pelaburan ASB & Unit Trust?

ASB adalah di bawah PNB dibawah kerajaan, "No.1 Unit Trust" adalah syarikat unit trust swasta. ASB memberikan dividen terkompoun 8% manakala "No.1 Unit Trust" daripada 10% hingga 15%. Duit di ASB memerlukan 9 tahun untuk sekali ganda manakala "No.1 Unit Trust" terbukti 5 tahun sekali ganda.

7) Adakah pelaburan unit trust telah dizakatkan?

Pelaburan unit trust adalah tidak dizakatkan. Pelabur perlu mengeluarkan zakat apabila cukup haul dan nisab.